Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) “Tak Pernah ‘Makan’ Mangsa”, Lelaki Ni Kongsi ‘Design’ Tangga Unik Rumahnya

TikTok: @yourdwaddy

Kehadiran tangga dalam rumah dapat menjadikan kediaman itu tampak seakan-akan istana yang tersergam indah. Banyak rumah-rumah moden kini dilengkapi dengan pelbagai bentuk tangga yang unik untuk membolehkan penghuninya ke tingkat atas.

Namun, berbeza pula dengan pengguna TikTok @yourdwaddy, lelaki ini berkongsi rupa bentuk tangga rumahnya yang viral kerana tangga itu dikira dahsyat kerana tiada tempat pemegang.

Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat sebanyak 170.6k tanda suka atau likes. Menerusi video tersebut, tangga itu kelihatan berliku. Apa yang menarik perhatian ialah tangga itu tidak mempunyai pagar besi atau pagar langsung.

Tangga tersebut berlapik dengan seramik putih dan di sebelahnya terdapat corak bunga merah.

Menurutnya, ketika itu rumahnya diubah suai secara besar-besaran dan menelan belanja yang besar.

Lelaki ini kemudian menunjukkan dirinya menaiki tangga rumah tanpa penghadang besi.

Walaupun bentuknya dianggap mengerikan, namun ahli keluarganya juga sudah biasa dengan tangga tersebut.

Dia kemudian memberi contoh apabila dia keluar dari bilik adiknya yang berada betul-betul di atas tangga.

Apabila anda membuka pintu bilik, anda dapat melihat langsung suasana tingkat satu kerana tangganya tanpa penghadang besi.

Malah, di tingkat dua rumahnya juga tidak ada halangan sama sekali yang menghadkan tangga jadi perlu berhati-hati.

Video yang merakam tangga itu berjaya menarik perhatian warganet. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa gerun melihat bentuk tangga tersebut.

TikTok: @yourdwaddy
TikTok: @yourdwaddy
TikTok: @yourdwaddy

Sumber: Suara.com, TikTok