Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew berjaya membimbing seorang lelaki berbangsa cina yang ditemuinya di sebuah kedai kopi Starbuck mengucapkan syahadah selepas berbual dan menceritakan berkenaan Islam selama 30 minit kepadanya.
Dalam perkongsian menerusi laman Facebook yang dikongsi oleh Ustaz Ebit Lew, lelaki berbangsa cina itu sememangnya sudah lama berminat dengan Islam. Tak disangka selepas 30 minit berdakwah kepadanya, dia membuat keputusan untuk mengikuti ajaran Islam. Selepas mengucap, lelaki tersebut terus mengalirkan air mata.
Berikut adalah kisah yang ditulis oleh Ustaz Ebit Lew di akaun sosial medianya:
Sumber: Ebit Lew