Pasti ramai diantara kita yang mempunyai masalah silau lagi-lagi di waktu malam.
Kalau nak bawa kereta tu punyalah seksa dengan lampu-lampu.
Tambah-tambah lagi kalau ada kereta dekat belakang yang lampu dia terang atau dia ‘terpasang’ lampu tinggi dekat kita.
Masalah tu sebenarnya boleh diatasi tau. Nak tahu macam mana? Haa tengok ni.
Satu video dekat TikTok ni yang dimuat naik oleh @skaddoosshh ni mungkin boleh menyelesaikan masalah anda.
Caranya ialah, cermin di dalam kereta anda yang digunakan untuk tengok kereta belakang ada satu fungsi yang boleh selesaikan masalah kalau kereta belakang pasang lampu tinggi.
Terdapat satu butang di bawah cermin tersebut. Anda hanya perlu tolak butang tersebut supaya cermin kereta anda itu menghadap ke bawah.
Ianya sekali gus dapat menyelesaikan masalah tersebut. Mudah je kan.
Lepas ni kalau ada masalah silau tu lagi boleh la guna cara ni.