Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Bagi pemandu kenderaan sendiri, sudah pasti bunyi asing yang muncul dari ‘jentera’ anda akan membuatkan berasa tidak selesa. Apa tidaknya, pelbagai kemungkinan kerosakan yang boleh berlaku kerana sebelum ini tiada bunyi-bunyi asing yang didengari.
Salah satunya ialah ketika memusingkan stereng untuk membelok, kedengaran seakan bunyi ‘krak yang sangat menganggu. Namun tidak perlu risau kerana seorang mekanik ada berkongsikan punca berlakunya perkara tersebut dan ianya boleh di atas.
Seperti yang dikongsikan melalui akaun Abang Comot di laman TikTok, keadaan itu berlaku disebabkan ‘driveshaft boot yang telah koyak’. Perkara itu juga mungkin disebabkan ‘bearing driveshaft’ sudah pun kekurangan ‘grease’.
Sebenarnya anda pun boleh membuat pemeriksaan sendiri seperti yang dikongsikan mekanik ini iaitu dengan cara memusingkan tayar kepada tahap yang maksimum, sebelum melihat kepada keadaan-keadaan yang dinyatakan sebelum ini.
Untuk lebih mudah faham, tonton video di bawah untuk cara-cara mengesan masalah bunyi krak ketika memusingkan stereng.
Sumber: Abang Comot