Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Terus Nampak Baru, Abang Tukang Kongsi Cara Mudah ‘Repair’ Dinding Lembab & Menggelupas

Gambar: Ezanee Kamaruddin
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Bagi pemilik rumah, mesti pernah alami masalah dinding lembab disebabkan air yang terserap kan? Disebabkan ia lembab, lama-kelamaan catnya akan mula menggelupas dan sekaligus mencacatkan keadaannya.

Apabila ia menggelupas, serpihan cat kering itu akan mula jatuh ke lantai. Ia akan mengakibatkan kawasan dinding itu ‘berlubang’ tanpa catnya. Masalah ini sangat tidak cantik dipandang sebenarnya.

Jadi apakah solusi terbaik tentang masalah dinding lembab & menggelupas ni? Jangan risau, mari kita sama-sama ikuti perkongsian oleh seorang warga Tukang Apa Hari Ini (TAHi), Ezanee Kamaruddin seperti di bawah ini.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

DIY: Repair Dinding Lembap Mengelupas Menggunakan Pentens Dr. Wall

Saya ingin kongsikan pengalaman saya menggunakan Pentens Dr. Wall untuk repair dinding yang lembap disebabkan air yang menyerap dalam dinding.

Sebelum ini saya pernah guna produk ini setahun yang lalu untuk repair dinding rumah saya yang rosak sebab lembapan. Produk ini agak berkesan dinding tersebut kekal kering.

Produk Pentens Dr. Wall ini saya beli online di Shopee – RM29.60 termasuk delivery.

Dinding yang akan saya tunjukkan ini lembap disebabkan air tempias hujan dari luar rumah.

Boleh rujuk gambar dan video hasil kerja saya seorang DIY yang amateur. Tangan masih lagi keras untuk kerja-kerja skim.

Mohon tunjuk ajar dari pakar-pakar dalam group ini untuk hasil kerja lebih kemas dan professional.

Cara membaikinya boleh dilihat menerusi turutan gambar di bawah ini:-

Gambar: Ezanee Kamaruddin
Gambar: Ezanee Kamaruddin
Gambar: Ezanee Kamaruddin
Gambar: Ezanee Kamaruddin
Gambar: Ezanee Kamaruddin
Gambar: Ezanee Kamaruddin
Gambar: Ezanee Kamaruddin

Notes: Cara terbaik untuk repair masalah lembapan kena cari punca dari mana air tu & selesaikan punca tu dulu. Tapi produk ini sesuai kalau nak selesaikan untuk beberapa tahun & pocket friendly.

Updates: Ada yang comment lepas apply product Dr Wall, apply satu layer Wall Sealer paint untuk lebih berkesan. Info yang manfaat boleh cuba.

Link video hasil kerja saya:

Sumber: Ezanee Kamaruddin melalui Tukang Apa Hari Ini