Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Tidak Surut Sejak Semalam, Laluan Utama Kota Warisan Menuju KLIA Masih Tenggelam, Tidak Boleh Dilalui Kenderaan

Kredit : Bernama

Ekoran daripada banjir yang melanda di beberapa buah kawasan telah menyebabkan beberapa laluan ditutup.

Menerusi laporan Bernama, tinjauan dilakukan di laluan utama Kota Warisan menuju ke KLIA masih lagi tidak boleh dilalui kenderaan akibat air masih tidak surut sejak semalam.

Walau bagaimanapun, keadaan di Plaza Tol KLIA ketika ini hanya boleh dilalui menggunakan lebuhraya utama berikutan beberapa jalan persekutuan ditutup.

Selain itu, di Hulu Langat dan jalan masuk utama ke Bandar Cheras dari Lebuhraya Cheras Kajang (CKE) juga dilaporkan tutup berikutan banjir dan air deras sejak awal pagi tadi.

Sumber : Bernama