Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Tindakan Wanita Hamil Ini Nekad Mencuri Telefon Bimbit Berjaya Dirakam Kamera CCTV

Gambar: SINDOnews

Tindakan seorang wanita hamil nekad mencuri telefon bimbit daripada sebuah kedai di Kota Bukittingi, Sumatera Barat, Indonesia berjaya dirakam kamera CCTV.

Kejadian tersebut berlaku di sebuah kedai telefon bimbit yang terdapat di Jalan Sutan Syahrir, Desa Tarok Dipo, Kota Bukittinggi.

Suspek difahamkan mengambil kesempatan daripada kelengahan penjaga kedai yang keluar untuk menukar duit.

Dalam video tersebut, dapat dilihat bahawa suspek yang sedang sarat mengandung telah masuk ke dalam kedai tanpa membuka topi keledarnya.

Suspek sempat untuk berjumpa dengan penjaga kedai. Ketika penjaga kedai tersebut sibuk membetulkan telefon bimbitnya, suspek dilihat mundar-mandir di dalam sekitar kawasan kedai.

Suspek juga dilihat membuat pembayaran. Setelah membuat pembayaran, penjaga kedai tersebut dilihat meninggalkan kedai. Ketika kedai itu sedang kosong, suspek segera mencuri telefon bimbit yang terdapat di kedai tersebut.

Penjaga kedai, Fajri, mengakui bahawa dia sedang bertugas berseorangan ketika kejadian tersebut berlaku. Pencuri itu juga sempat bertanya di mana penjaga kedai yang lain. “Suspek membeli screen protector berharga 5,000 rupiah dan telah membayarnya dengan wang berjumlah 50,000 rupiah,” katanya.

Kerana tidak mempunyai duit pecah, Fajri terpaksa meninggalkan kedai untuk menukar wang tersebut. Setelah keesokan harinya, pemilik kedai berkenaan telah menyedari bahawa ada telefon bimbit yang berharga sekitar 5 juta rupiah hilang.

Sumber: Sindonews.com