Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Tol Gombak Sesak Lebih 3 Jam, Nahas Lebih 5 Kenderaan Di Lebuhraya KL-Karak

Gambar via Facebook

Satu nahas membabitkan 11 kenderaan termasuk sebuah lori kontena dilaporkan berlaku di Kilometer 40, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) arah timur kira-kira jam 9.30 pagi tadi, lapor Awani.

Insiden tersebut telah menyebabkan berlakunya kesesakan hampir tiga jam dari Gombak ketika ini memetik Astro Radio Traffic.

Menurut kenyataan di Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia, nahas melibatkan ​lori kontena ​dengan beberapa buah kenderaan lain di laluan Genting Sempah​-Bukit Tinggi​ itu telah mengakibatkan ​lorong kanan ​dan tengah terhalang​.

Selain itu, nahas turut menyebabkan trafik mengalami kesesakan teruk sepanjang 20.5 kilometer dari MRR2 ke Bukit Tinggi​.

Sumber: Astro Awani, Astro Radio Traffic, Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia