Malang menimpa seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan 3 hingga empat tahun apabila tangannya tersepit di bahagian bawah tempat pemegang eskalator.
Iklan
Dalam video yang ditularkan di Whatsapp dan dikongsikan ke Facebook, orang ramai berusaha keras untuk menyelamatkan tangan kanak-kanak tersebut yang sedang mengerang kesakitan.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah pasaraya borong terkenal di Klang, Selangor.
Kanak-kanak tak tahu bahaya, ibu bapa kena peka



“Ibu bapa bawa stroller naik eskalator. Tergolek anak ke bawah tangga..”

Sumber: Raj Ramakrishnan
