Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
pelajar miri tiada buli polis
Gambar: Bernama

Video Tular Sekumpulan Pelajar Di Miri Tiada Unsur Buli – Polis

Iqbal Yasir

Video Tular Sekumpulan Pelajar Di Miri Tiada Unsur Buli – Polis

MIRI — Polis memaklumkan bahawa tiada unsur buli berhubung satu rakaman video berdurasi 13 saat yang tular di media sosial baru-baru ini, memaparkan sekumpulan lelaki mengangkat seorang individu dalam keadaan terkangkang sehingga terkena pada tiang.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, siasatan mendapati insiden yang berlaku di sebuah institusi pengajian di Miri pada 19 September lalu hanyalah gurauan bersempena sambutan hari lahir pelajar terbabit.

“Pada 23 September 2025, pelajar yang didakwa sebagai mangsa dalam video tersebut hadir ke balai polis bersama ibu bapanya dan membuat laporan.

“Pelajar itu menafikan bahawa dirinya dibuli, sebaliknya menjelaskan kejadian tersebut adalah gurauan antara rakan-rakan pelajar sejurusan, sempena sambutan hari lahirnya pada 19 September 2025 tanpa sebarang unsur paksaan atau penderaan,” katanya.

Tambah Mohd Farhan, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar institusi berkenaan turut mengesahkan perkara sama selepas siasatan awal dijalankan.

“Kejadian itu merupakan gurauan yang keterlaluan dan bukan insiden buli. Pihak institusi akan mengambil tindakan tegas terhadap kesemua pelajar yang terlibat, dan kini masih dalam siasatan kementerian yang terlibat,” katanya lagi.

Mengulas lebih lanjut, beliau berkata pihaknya telah memanggil pegawai institut, ibu bapa dan kesemua pelajar yang terlibat berumur antara 18 hingga 24 tahun untuk diambil keterangan dan melengkapkan siasatan.

BACA: Brunei Perkenal Wang Kertas Baharu, Istilah ‘Dolar Brunei’ Ganti ‘Ringgit’

Kes itu diklasifikasikan sebagai NFA (Tiada Tindakan Lanjut).

“Pihak polis memandang serius dan tegas terhadap sebarang kes jenayah buli kerana ia boleh mendatangkan kecederaan fizikal, trauma psikologi serta menggugat keharmonian masyarakat.

“IPD Miri akan terus memantau kes ini dan tidak berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap kes tersebut sekiranya terdapat laporan atau bukti baharu yang menunjukkan wujudnya unsur jenayah buli,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak terus menularkan video berkenaan atau membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran awam. Sebaliknya, jika terdapat maklumat boleh disalurkan terus kepada pihak polis bagi pemantauan dan tindakan sewajarnya.

Sumber: Polis Daerah Miri