Beberapa negeri di Semenanjung Malaysia berada dalam keadaan ‘tenat’ setelah dilanda fenomena banjir besar di luar jangkaan. Antara yang cukup terkesan di Lembah Klang termasuklah Shah Alam, Klang dan Hulu Langat.
Seperti yang kita ketahui, banjir besar yang melanda biasanya akan menjejaskan sesuatu tempat lokaliti iaitu perumahan, premis perniagaan, fasiliti hospital, klinik, pasar raya, rumah ibadat, sekolah dan sebagainya.
Biasanya barangan di dalam rumah juga akan turut musnah ditenggelami banjir, bergantung pada paras ketinggiannya. Namun apa yang lebih menduga jiwa adalah kerosakan barangan dan peralatan elektrik.
Tahukah anda, jika peti sejuk anda basah lencun ditenggelami banjir, sebenarnya ia masih ada peluang untuk digunakan semula. Cuma kita perlu mengamalkan teknik yang sebetulnya.
Menurut perkongsian di TikTok Halimrina8988, setelah air banjir surut, kita hendaklah membiarkan peti sejuk itu betul-betul kering dulu baru boleh hidupkannya semula.
Soalnya, bilakah waktu ia betul-betul kering? Berapa hari yang perlu ditunggu? Hah inilah yang akan dijelaskan dalam video ini. Selamat menonton & semoga bermanfaat!
Sumber: TikTok
