Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Viral Mat Salih Pakai “Blazer” Tapi Santai Sarung Kain Batik Ketika Mesyuarat, Raih Tumpuan Netizen

Kain batik dianggap sebagai simbolik kepada personaliti wanita Melayu yang sopan dan klasik. Sehingga kini, ‘tradisi’ memakai kain batik masih lagi dikekalkan dan menjadi ‘kegilaan’ ramai.

Bercakap mengenainya, baru-baru ini tular satu video yang memaparkan seorang ‘mat saleh’ yang memakai kain batik ketika sedang melakukan konferensi secara maya.

Lebih menghiburkan adalah apabila dia dilihat menggayakan kain batik tersebut dengan blazer dan selipar.

Merupakan seorang ahli perniagaan dan personaliti TV yang berasal dari Kanada, Kevin O’Leary dilihat sangat santai semasa duduk bercakap mengenai masalah kewangan.

Namun, menjengah ke ruangan komen, ternyata ramai yang lebih tertarik dan fokus melihat kain batik biru yang dipakai olehnya.

Sumber: Kevinolearytv