Setiap orang sukakan kecantikan dan memiliki kecantikan seperti kulit yang cerah dan tubuh badan yang langsing sememangnya menjadi idaman setiap manusia.
Seperti yang kita tahu, untuk memastikan fizikal kekal menawan salah satunya kita hendaklan sentiasa menjaga pemakanan seharian.
Bagaimanapun, sekiranya kita memilih jalan lain, yang dikhuatiri ‘tidak selamat’, ia mungkin boleh mendatangkan mudarat kepada batang tubuh diri sendiri.
Menerusi satu perkongsian di laman TikTok, seorang wanita berkongsi satu kisah yang wajar dijadikan iktibar kepada semua.
Menurut @umiehafieza, dia melalui situasi yang amat memeritkan apabila terpaksa dimasukkan ke hospital yang didakwanya akibat pengambilan jamu, melakukan drip whitening dan ubat kurus selama ini.
Katanya, dia menderita masalah bengkak hati dan perlu ditahan di hospital selama 4 hari. Malah, kini dia terpaksa berpantang dan perlu mengambil makanan yang seimbang untuk pemulihan diri.
Sepanjang tempoh ditahan itu juga, Umie memaklumkan sebanyak 11 botol air dimasukkan ke dalam badan selain 3 kali darahnya diambil.
Semoga kisah yang dikongsikan oleh Umie menjadi iktibar untuk kita semua.
Sumber: @umiehafieza