Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) “Yang Dinanti Berkunjung Tiba…” Sinar Baru, To’ki Dapat Bantuan Rumah Lebih Selesa

Cerita mengenai seorang artis veteran, Mohd Zaki Bin Mansor atau lebih dikenali sebagai To’ki masih belum berakhir.

Sebelum ini, gempar kisah tentang beliau bersama isterinya yang menetap dalam sebuah pondok usang di dalam hutan di Gombak.

Berita mengejutkan itu tular ke serata media sosial sehingga sampai ke pengetahuan pihak berwajib seperti Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ MAIWP) serta Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Dalam masa sama, pendakwah yang terkenal dengan slogan ‘Saudaraku, Di Sebalik Ujian Ada Rahmat’, Ustaz Ebit Lew turut turun padang menyantuninya.

Atas kelayakan dan ihsan manusiawi, To’ki bakal diberikan rumah baharu oleh pihak PPZ MAIWP, serta bantuan-bantuan lain yang bersinambungan oleh LZS dan Ustaz Ebit Lew.

Gambar: PPZ MAIWP
Gambar: Lembaga Zakat Selangor
Gambar: Ustaz Ebit Lew

BACA: Kesempitan To’ki Tak Diabaikan, PPZ MAIWP & Ustaz Ebit Lew Tampil Hulur Bantuan

BACA: Kemalangan Hingga Pergerakkan Isteri Terbatas, Nasib Artis Veteran To’ki Terbela & Ditawarkan Bantuan Rumah Sewa

Yang dinanti sudah berkunjung tiba

Hari ini, apa yang dinantikan telah pun berkunjung tiba.

Memetik kenyataan PPZ MAIWP di halaman Facebook, pihaknya diketuai ketua pegawai eksekutif, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff telah menyerahkan kunci rumah kepada insan berkenaan pada semalam.

Rakaman video detik bersejarah tersebut telah dimuat naik hari ini seperti di bawah.

#PPZPakatBantu #PakatBantu #KhairaPPZ #UsrahSaeedah #PusatPungutanZakat #PPZMAIWP

Sumber: Ustaz Shukri Yusoff, Pusat Pungutan Zakat MAIWP