Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Bermacam ragam boleh kita lihat ketika menjaga anak yang sedang membesar. Ada yang menguji, ada yang menghiburkan hati. Apapun, kedua-duanya adalah nikmat yang perlu kita hargai selagi mereka masih ada di sisi.
Baru-baru ini, seorang wanita dengan nama @ecah9933 telah berkongsi gelagat anaknya yang tersalah emak ketika mereka bersiar-siar di sebuah pantai di Kuantan. Dipercayai kerana terlalu takut terhadap patung jadian di sana, si kecil itu terus berlari dan memeluk seorang wanita yang disangka ibunya.
Malah, apabila dipanggil ibunya yang sedang merakam video, kanak-kanak berkenaan tampak keliru dan malu sendiri sebelum mendekati ibunya yang sebenar.
Video itu telah mendapat lebih 1.6 juta tontonan dan 112 ribu tanda suka sejak dimuatnaik di laman tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa terhibur, tak kurang juga ada yang memuji reaksi wanita tidak dikenali berkenaan yang kelihatan tenang ketika dipeluk si kecil itu.




