Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video)”Ayahnya Sudah Meninggal,” Pernah Diejek Jiran Dan Kawan, Gadis Kuatkan Semangat Jadi Badut Untuk Sara Ibu Dan Adik

Gambar: @keluargawiwikteguh

Demi membantu keluarga, seorang remaja perempuan di Indonesia memutuskan untuk meneruskan legasi si ayah sebagai penghibur jalanan.

Menggunakan kostum badut milik arwah ayahnya, remaja itu tekad mencari rezeki di jalanan biarpun diejek oleh jiran dan rakan-rakan, tulis Berbagisemangat.com.

Rakaman remaja itu ketika bekerja di jalanan telah tular di laman TikTok @keluargawiwikteguh dengan lebih 2 juta tontonan.

“Bukan saja kawan, tetapi ada juga jiran yang selalu mengejek pekerjaannya sebagai badut. Tapi dia tetap bersemangat dan gigih demi ibu dan adik kesayangannya,” tulis individu yang memuatnaik video berkenaan.

Menerusi video berkenaan, kelihatan gadis tersebut dihampiri seorang wanita ketika sedang bekerja di jalanan. Sebaik kostum dibuka, kelihatan wajah remaja tersebut yang seakan menyembunyikan 1,001 perasaan.

Malah, dia sempat dilihat menitiskan air mata semasa dipeluk wanita terbabit.

“Ayah Cindy sudah meninggal dari dia kecil. Cindy bekerja sebagai badut untuk bantu ibunya yang mengambil upah menjahit di rumah.

Kongsi wanita itu, Cindy memulakan pekerjaan pada pukul 3 petang sehingga Maghrib.

“Bila ditanya, Cindy mahu apa, dia jawab cuma nak beli beras dan buku tulis untuk dia dan adiknya bersekolah.”

Rakaman itu telah menyentuh hati ribuan pengguna laman tersebut yang mendoakan kebaikan buat anak berkenaan.

Semoga Allah membalas kebaikan dan murahkan rezeki

Kalau tak mahu bantu cukupkan keperluan, jangan pernah mengata orang yang sedang berjuang

Sudahkah anda bersyukur hari ini? Lihat ada anak di luar sana yang kerja keras

Sumber: Berbagi Semangat, @keluargawiwikteguh