Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

"Hero Sebenar Keluarga Kami..." Berkorban Jaga Ibu, Azhan Rani Beri Adik Hadiah Kereta

Azhan Rani Beri Hadiah Kereta
Kredit: Azhan Rani

Pelakon Azhan Rani bersyukur kerana akhirnya dapat menunaikan hasrat menghadiahkan sebuah kereta kepada adiknya, Shahrul Nizam, sebagai tanda penghargaan atas pengorbanannya menjaga ibu mereka.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Azhan berharap agar hadiahnya itu mampu membantu dan memudahkan kehidupan seharian adiknya yang turut dikenali sebagai Ijam.

“Ijam, moga kereta ni akan memudahkan kau dan semoga boleh bawa mak ke mana-mana. Terima kasih, apa yang aku bagi ni sangat kecil berbanding dengan apa yang kau buat,” katanya.

Azhan Rani Beri Hadiah Kereta Kepada Adik

Pelakon berusia 50 tahun itu berkata dia sudah lama menyimpan cita-cita untuk menghadiahkan sebuah kereta buat adik bongsunya itu.

Dia turut menyifatkan adiknya itu sebagai hero sebenar dalam keluarganya atas jasanya yang menjaga ibu mereka tatkala adik-beradik sibuk menguruskan komitmen masing-masing.

“Alhamdulillah, hari ini dipermudahkan niat saya. Sebenarnya dah lama saya simpan cita-cita nak hadiahkan sebuah kereta pada adik saya, Shahrul Nizam, saya panggil dia Ijam.

“Ijam adik bongsu saya, dia muda tiga tahun dari saya. Dia adalah hero sebenar dalam keluarga saya. Banyak jaga mak saya, walaupun hanya saya dengan dia saja yang ada masa lebih kerana rumah kami dekat.

“Adik-beradik lain bagus juga, tapi mungkin komitmen agak susah sikit kerana dah berumah tangga dan jarak yang jauh.

“Jadi Nizamlah, daripada arwah abah sampailah sekarang ni mak,” ujarnya.

Dalam pada itu, Azhan turut berkongsi dia menghadiahkan kereta jenama Jetour Dashing Special Black, istimewa buat adiknya itu.

“Saya harap kereta ni nanti akan memudahkan dia untuk menguruskan mak, sebabnya kereta ni ada ruang yang lebih luas untuk masukkan kerusi roda dan barang-barang mak.

“Dan Dashing yang saya ambil ni Dashing Special Edition, Special Black dan ini memang hadiahkan special untuk Ijam,” ujarnya.

Tambahnya, dia mulai tekad untuk menghadiahkan kereta itu selepas melihat Ijam banyak bertanya tentang kereta jenis itu semasa mereka mengambil kenderaan Azhan di sebuah bilik pameran Jetour.

“Saya terniat, tekad untuk hadiahkan kereta semasa saya ambil Jetour T2 saya. Masa tu dia datang sekali dan saya perhati dari jauh, dia banyak bertanya tentang Jetour Dashing.

“Dan masa tu saya kata, apa salahnya saya ada rezeki lebih nanti saya boleh hadiahkan sesuatu kan,” katanya.

Katanya lagi, apa yang dia lakukan itu tidaklah sebesar jasa adiknya yang berkorban demi menjaga ibu mereka.

“Apa yang saya hadiahkan ni sebenarnya taklah sebesar mana pun kalau nak dibandingkan dengan apa yang dia dah buat. Tapi ini adalah keikhlasan hati saya, Alhamdulillah Allah izinkan.

“Terima kasih semoga syurga untuk kau,” luahnya.

Sumber:Instagram
Intipati
  • Azhan Rani menghadiahkan Jetour Dashing Special Black kepada adiknya, Shahrul Nizam.
  • Hadiah itu sebagai penghargaan atas pengorbanan Ijam menjaga ibu mereka selama ini.
  • Azhan berharap kereta lebih luas itu memudahkan urusan membawa ibu dan kerusi roda.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan