Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Biarpun satu bahasa, setiap negara atau negeri mempunyai dialek masing-masing. Misalnya, bahasa Melayu di Malaysia berbeza dengan bahasa yang dituturkan di Indonesia walaupun banyak persamaan yang dikongsi.
Begitu juga bahasa Mandarin di negara China dengan Malaysia. Mungkin terlihat sama bagi individu yang bukan penuturnya, namun ia ternyata mempunyai perbezaan agak ketara bagi mereka yang memahami bahasa tersebut.
Perbezaan antara bahasa Mandarin di China dengan Malaysia telah dikongsikan seorang pengguna TikTok, eldenchan17.
Cara pemuda ini memberi penjelasan nyata membuatkan orang ramai terhibur. Dengan lebih 2 juta tontonan 251 ribu tanda suka, ramai yang meluahkan rasa lucu melihat gelagat pemuda yang fasih berbahasa Melayu itu.






Pemuda itu juga aktif menjawab soalan para penonton mengenai bahasa dan budaya kaum Cina di laman tersebut.
Sumber: @eldenchan17