Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Sebuah masjid di Temerloh, Pahang, dikatakan meriah menerima kunjungan ramai jemaah setiap solat waktu meskipun pada waktu Subuh.
Masjid Temerloh Jaya (MTJ) itu, menjadi tular di media sosial sejak semalam apabila dikongsikan oleh rata-rata warganet yang teruja dengan jumlah jemaah yang membanjiri masjid berkenaan.
Melalui gambar yang dimuat naik di Facebook rasmi Masjid Temerloh Jaya, jumlah jemaah adakalanya dilihat ‘melimpah’ keluar walaupun mampu memuatkan sehingga 800 orang jemaah dalam satu masa.












Tinjauan mendapati rata-rata netizen memuji usaha pengurusan masjid yang dilihat sangat memainkan peranan penting dalam menarik kehadiran jemaah yang ramai.
Malah, Masjid Temerloh Jaya dikatakan boleh menjadi contoh ikutan ataupun ‘benchmark’ kepada masjid-masjid di seluruh negara ini.



Sumber : Facebook Masjid Temerloh Jaya