Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video)Jutawan Tawar Bina Rumah Selepas Video Kanak-Kanak Itu Buat Kerja Sekolah Bawah Lampu Jalan Tular

Gambar: Mirror

Seorang jutawan bakal mengubah kehidupan seorang kanak-kanak yang tular di media sosial selepas telatahnya membuat kerja sekolah di bawah lampu jalan yang dirakamkan tular di media sosial tempoh hari.

Sebuah video yang memaparkan kanak-kanak bernama Víctor Martín Angulo Córdoba yang sedang membaca buku di bawah sebuah lampu jalan telah berjaya menyentuh jutaan orang yang menontonnya di seluruh dunia selepas video tersebut tular di media sosial.

Tanpa bekalan kuasa elektrik serta keadaan rumah yang serba sederhana, kanak-kanak yang berumur 11 tahun itu dilihat duduk di kaki lima di Moche, Peru dalam satu video yang tular tempoh hari.

Yaqoob Yusuf Ahmed Mubarak, 31, seorang dermawan daripada Bahrain, mengembara dari negaranya itu setelah mendapat tahu tentang kisah kanak-kanak tersebut bagi menghulurkan bantuan kepadanya.

Dermawan tersebut telah bersetuju untuk membiayai kos pengubahsuaian rumah kanak-kanak tersebut daripada satu tingkat menjadi dua tingkat.

Menurut Yaqoob, beliau berbuat demikian kerana pernah berada di dalam kasut kanak-kanak tersebut semasa beliau sebaya dengannya.

Yaqoob bukan sahaja membantu untuk memulihkan serta mengubahsuai rumah kanak-kanak tersebut, beliau juga turut membantu membukakan perniagaan untuk membantu ibu kepada Victor menjana pendapatan melalui perniagaan tersebut.

Menurut Yaqoob, dengan cara itu sahaja ibunya itu dapat membela masa depan anaknya itu untuk mempunyai kehidupan yang lebih berkualiti serta persekitaran yang baik untuknya belajar.

Bukan itu sahaja, Yaqoob juga turut mahu menawarkan untuk membaik pulih sekolah kanak-kanak tersebut.

Ibu kepada Victor menyatakan bahawa anaknya itu berasa amat terkejut serta bersyukur dengan segala bantuan yang dihulurkan oleh Yaqoob.

Sumber: Mirror