Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tular di negara jiran sebuah rakaman seorang lelaki yang ingin membeli ‘rumah’ berharga 1 juta rupiah, bersamaan kira-kira RM292.
Menurut video @brotempe yang dikongsikan semula Indo Zone, pemilik rumah itu dikatakan ingin menjual rumah berkenaan kerana tidak tahan dengan jirannya.
Digelar Mpok Siti, wanita itu dilihat sedang menyapu halaman ‘rumah’ berkenaan sebelum disapa oleh pemuda tersebut.
“Katanya nak jual rumah Rp1 juta ya?” soalnya kepada pemilik rumah berkenaan.
Hal itu disahkan wanita tersebut ringkas sebelum mengakui sebab dia ingin menjual ‘rumah’ berkenaan gara-gara tidak senang dengan jirannya.
Penuh rasa ingin tahu, lelaki itu kemudiannya meminta izin untuk melihat rumah jiran berkenaan selepas membayar deposit sebelum terkejut melihat kawasan perkuburan di sebelah ‘rumah’ itu.
Walaupun rakaman itu pada akhirnya membuatkan warganet terhibur, ianya bagaimanapun dipercayai hanyalah sekadar ‘content’ di sosial media. Pun begitu, rakaman tersebut telah mendapat lebih 5 juta tontonan dengan pelbagai respon warga maya.





Ada juga warga yang mendakwa ‘rumah’ tersebut adalah ruang penyimpanan barang-barang pengurusan jenazah.
