Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Vietjet Buka Laluan Baharu Ke Australia, Perluas Pilihan Perjalanan Di Rantau Asia-Pasifik

VIETJET

Vietjet Buka Laluan Baharu Ke Australia, Perluas Pilihan Perjalanan Di Rantau Asia-Pasifik

Vietjet terus memperluas operasi penerbangannya ke Australia dengan memperkenalkan perkhidmatan terus baharu antara Ho Chi Minh City dan Sydney melalui Western Sydney International Airport (WSI).

Bermula 9 Januari 2027, laluan ini dijangka memperkukuh hubungan pelancongan, perdagangan dan pelaburan antara rantau Asia-Pasifik, selain menjadikan Vietjet antara syarikat penerbangan terawal yang menawarkan perkhidmatan antarabangsa ke lapangan terbang terbaharu Australia ini.

Pengumuman tersebut susulan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Vietjet dan Western Sydney International Airport semasa lawatan negara Setiausaha Agung dan Presiden Vietnam, To Lam, ke Australia.

Laluan baharu ini akan menawarkan dua penerbangan pergi balik setiap minggu, menghubungkan Ho Chi Minh City, hab ekonomi utama Vietnam, dengan Western Sydney, salah satu kawasan yang berkembang paling pesat di Australia. Dengan rangkaian sedia ada yang turut meliputi Sydney, Melbourne, Brisbane dan Perth, Vietjet terus memperkukuh kehadirannya di Australia dengan menyediakan lebih banyak pilihan, kemudahan perhubungan serta tambang berpatutan kepada pelancong, komuniti dan sektor perniagaan.

Bagi meraikan pelancaran perkhidmatan baharu ini, Vietjet menawarkan diskaun 20% bagi tambang asas kelas Deluxe, SkyBoss dan Business untuk semua laluan terus antara Vietnam dan Australia. Promosi ini sah sehingga 12.00 tengah malam, 17 Ogos 2026 (MYT) dengan menggunakan kod promosi VJAUS20, dan terpakai untuk tempoh perjalanan dari 7 September 2026 hingga 31 Mac 2027, tertakluk kepada tarikh sekatan (blackout dates).

Ketua Pegawai Eksekutif Vietjet, Nguyen Thanh Son, berkata, “Vietjet berbangga menjadi syarikat penerbangan pertama yang menghubungkan Vietnam dengan Western Sydney, pintu masuk penerbangan antarabangsa terbaharu Australia serta pusat pertumbuhan ekonomi yang sedang pesat membangun. Setiap laluan baharu yang kami perkenalkan merapatkan lagi hubungan antara kedua-dua negara, di samping membuka lebih banyak peluang dalam bidang pelancongan, perdagangan, pelaburan, pertukaran ilmu serta kerjasama yang lebih luas."

"Dengan rangkaian penerbangan yang terus berkembang, barisan pesawat moden dan perkhidmatan berkualiti, Vietjet berharap dapat menyumbang kepada hubungan yang lebih kukuh, produktif dan mampan antara Vietnam dan Australia.”

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Western Sydney International Airport, Simon Hickey, mengalu-alukan kehadiran Vietjet ke pintu masuk antarabangsa baharu Sydney dengan berkata: “Kami amat teruja kerana tiket bagi penerbangan sulung yang dijadualkan bermula pada Januari 2027 kini telah mula dijual. Western Sydney merupakan antara kawasan yang paling pesat berkembang dan mempunyai kepelbagaian masyarakat yang tinggi di Australia."

"Kawasan ini juga menjadi kediaman kepada lebih separuh daripada populasi masyarakat Vietnam di Greater Sydney, lebih 70,000 orang yang kerap melakukan perjalanan untuk mengunjungi keluarga dan sahabat.”

WSI merupakan projek pembangunan lapangan terbang antarabangsa greenfield utama pertama Australia dalam tempoh lebih 50 tahun, selain menjadi pintu masuk global baharu Sydney yang beroperasi 24 jam. Lapangan terbang ini dijangka menjadi pemangkin utama kepada pertumbuhan dan pelaburan di Western Sydney Aerotropolis, yang sedang berkembang sebagai hab bagi sektor pembuatan berteknologi tinggi, logistik, teknologi dan industri. WSI dirancang untuk mampu mengendalikan kira-kira 80 juta penumpang setahun apabila beroperasi pada kapasiti penuh.

Selain menghubungkan destinasi, rangkaian antarabangsa Vietjet yang terus berkembang memainkan peranan dalam merapatkan hubungan antara masyarakat dan ekonomi, memperkukuh hubungan Vietnam dengan dunia serta membuka peluang baharu untuk perjalanan, perdagangan dan pertumbuhan. Vietjet turut menawarkan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Hanoi dan Ho Chi Minh City, dua bandar terbesar di Vietnam.

Intipati
  • Vietjet akan melancarkan penerbangan terus Ho Chi Minh City-Western Sydney mulai 9 Januari 2027.
  • Laluan baharu itu menawarkan dua penerbangan pergi balik mingguan melalui Western Sydney International Airport.
  • Promosi diskaun 20% tambang asas terpakai untuk kelas tertentu dan tempoh perjalanan ditetapkan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan