Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Viral Video Kesesakan Di PPV Hotel Grand Season, Polis Hantar Pasukan Pematuhan Untuk Kawal Keadaan

Gambar: Polis Dang Wangi

Polis Dang Wangi telah mengambil tindakan dengan mengarahkan pasukan pematuhan ke Pusat Pemberian Vaksin(PPV) Hotel Grand Season bagi mengawal keadaan susulan berlaku kesesakan di pusat berkenaan seperti yang tular di media sosial pada hari ini.

Menurut kenyataan media Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Bin Yahaya, hebahan telah dibuat kepada orang ramai yang hadir supaya membuat penjarakan sosial dan memakai pelitup muka sebagaimana SOP yang telah ditetapkan.

Dalam pada itu, pihak PDRM juga memohon kerjasama orang ramai untuk terus mematuhi SOP yang telah dikeluarkan oleh MKN.

Sumber: Polis Dang Wangi