Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Visa keluarga tanah jerlus
Gambar: Bernama

Visa Empat Ahli Keluarga Mangsa Tanah Jerlus Dilanjutkan Sebulan 

Iqbal Yasir

Visa Empat Ahli Keluarga Mangsa Tanah Jerlus Dilanjutkan Sebulan

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) — Jabatan Imigresen telah melanjutkan visa kepada empat ahli keluarga mangsa insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India selama sebulan.

Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Arvend Applasamy berkata lanjutan visa itu diberikan kepada suami, anak dan dua ahli keluarga mangsa yang lain.

Beliau berkata semasa pertemuan dengan keluarga mangsa di lokasi kejadian hari ini, emosi mereka dilihat semakin stabil.

“Emosi keluarga sewaktu pertemuan tadi memang sedih tetapi mereka mula terima hakikat kejadian yang berlaku, bagaimanapun mereka mohon agar berpeluang melihat muka mangsa,” katanya kepada pemberita di sini.

Arvend berkata perjumpaan beliau dengan keluarga mangsa itu juga adalah untuk menyampaikan bantuan dan salam takziah daripada Ahmad Zahid.

Beliau berkata pihaknya turut memberi jaminan kepada keluarga mangsa bahawa pasukan penyelamat komited dalam usaha melakukan pencarian wanita itu.

Jumaat lepas, mangsa Vijayaletchumy, 48, dari Kuppam, Andhra Pradesh hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Masjid India pada 8.22 pagi.

Mangsa, yang berada di negara ini bersama keluarga untuk melancong, melalui kawasan itu untuk ke sebuah kuil berhampiran bagi bersarapan.

Tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati aktiviti perniagaan berjalan seperti biasa dan kawasan itu dikunjungi oleh ramai orang termasuk pelancong asing.

Hanya lima premis perniagaan ditutup dan direntangi tali kuning.

Difahamkan kerja-kerja ‘flushing’ masih dijalankan hari ini oleh pasukan mencari dan menyelamat dalam operasi untuk mengesan mangsa yang masuk hari keempat.

Sumber: BERNAMA

BACA: Tanah Jerlus: Tiada Bukti Kukuh Untuk Dakwa Kuala Lumpur Tidak Selamat

BACA: Tanah Jerlus Masjid India: Anggota Bomba Kongsi Detik Operasi Cari Mangsa