Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
JANJI

Volvo 'SELAMAT', Perbaharui Janji Keselamatan 60 Tahun

Syamimi

Volvo 'SELAMAT', Perbaharui Janji Keselamatan 60 Tahun

Dalam usaha menarik perhatian terhadap pelancaran model terbaharu, Volvo ES90, Volvo Car Malaysia memilih pendekatan yang tidak konvensional.

Daripada memperkenalkan sebuah kereta baharu secara langsung, jenama ini terlebih dahulu “melancarkan” sebuah jenama automotif baharu yang dinamakan SELAMAT.

SELAMAT diperkenalkan menerusi satu kempen bersepadu sepenuhnya, merangkumi kenderaan pelekat rekaan khas, paparan digital luar (digital-out-of-home), serta aset digital yang dibangunkan khusus untuk menghidupkan semula perbualan rakyat Malaysia tentang nilai teras Volvo dari segi keselamatan.

Makna SELAMAT, Lebih Daripada Sekadar Ungkapan

Di Malaysia, perkataan “selamat” membawa makna yang mendalam. Ia digunakan setiap hari seperti selamat pagi, selamat jalan, selamat sampai.

Namun dalam konteks tersendiri, “selamat” juga membawa maksud keselamatan itu sendiri.

Inilah kepercayaan yang menjadi asas kehadiran Volvo di Malaysia sejak tahun 1966.

Keselamatan bukan sekadar ciri atau teknologi, tetapi satu nilai yang membentuk setiap keputusan, rekaan dan inovasi Volvo selama hampir satu abad.

Kempen Awal yang Mengundang Tanda Tanya

Kempen SELAMAT bermula pada 15 Januari apabila sebuah Volvo ES90 yang dibalut dengan grafik khas “SELAMAT” mula kelihatan di sekitar Kuala Lumpur selama seminggu.

Kehadiran misteri ini disokong oleh paparan DOOH, kempen media sosial serta laman web khas, sekali gus mencetuskan spekulasi menjelang acara pelancaran pada 22 Januari.

Pada hari tersebut, Volvo akhirnya mendedahkan kebenaran: SELAMAT ialah Volvo.

Apa yang disangka sebagai satu lagi jenama EV baharu rupa-rupanya adalah pelopor asal keselamatan automotif, kembali dengan nilai yang sama iaitu nilai yang telah mendefinisikan Volvo selama hampir satu abad.

Keselamatan Bukan Sekadar Ungkapan

Patricia Yaw, Pengarah Jualan & Pemasaran Volvo Car Malaysia, berkongsi: “Landskap kenderaan elektrik di Malaysia berkembang dengan pantas. Banyak jenama baharu memasuki pasaran, masing-masing tampil dengan teknologi dan keselamatan tersendiri.

Dalam dunia di mana semua orang berkata mereka selamat, keselamatan berisiko menjadi sekadar kata-kata yang disebut, tetapi jarang dirasai. Bagi Volvo, keselamatan tidak pernah menjadi dakwaan. Ia adalah komitmen.

SELAMAT mencerminkan kepercayaan kami bahawa kemajuan sebenar terletak pada keyakinan, pandangan jauh dan ketenangan fikiran di setiap perjalanan. Dalam dunia mobiliti yang terus berubah, SELAMAT memastikan nyawa manusia kekal sebagai keutamaan.”

SELAMAT: Kempen Sepanjang Tahun, Demi Budaya Keselamatan

Hari ini, Volvo Car Malaysia secara rasmi melancarkan SELAMAT sebagai kempen tematik sepanjang tahun 2026, dengan matlamat menjadikan keselamatan jalan raya bukan sekadar keperluan undang-undang, tetapi sebagai satu budaya bersama.

Sepanjang tahun ini, Volvo Car Malaysia akan menganjurkan pelbagai inisiatif bagi mengingatkan semula kepentingan asas pemanduan selamat.

Semua usaha ini akan menuju ke satu detik penting iaitu SELAMAT Drive, yang dijadualkan berlangsung pada suku kedua tahun 2026.

Acara pemanduan utama ini akan memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk merasai sendiri sinergi antara tabiat pemanduan selamat dan teknologi keselamatan inovatif Volvo dalam persekitaran sebenar.

Membentuk Masa Depan Keselamatan

Sejak sekian lama, Volvo Car Malaysia dikenali sebagai peneraju inovasi keselamatan. Melalui SELAMAT, jenama ini bukan sekadar membina kereta yang lebih selamat, tetapi turut menyumbang ke arah dunia yang lebih selamat.

Falsafah ini mempengaruhi setiap aspek, daripada rekaan casis, kejuruteraan, hinggalah kepada pengalaman pemanduan.

SELAMAT berdiri sebagai satu janji, satu penanda aras dan satu gerakan yang terus menyelamatkan nyawa, membina keyakinan, serta mentakrifkan semula makna ketenangan di atas jalan raya.

Legasi Kepimpinan Keselamatan

Sejak tahun 1927 di peringkat global dan sejak 1966 di Malaysia, komitmen Volvo terhadap keselamatan telah membentuk industri automotif dunia.

Berpandukan kepercayaan bahawa keselamatan harus bersifat proaktif, inklusif dan berteraskan manusia, Volvo terus menetapkan penanda aras untuk diikuti industri.

Antara pencapaian utama termasuk:

  • Tali Pinggang Keselamatan Tiga Titik (1959) : Dicipta oleh Volvo, inovasi ini telah menyelamatkan lebih sejuta nyawa di seluruh dunia dan kekal sebagai antara penemuan keselamatan paling penting dalam sejarah automotif.

  • Safe Space Technology: Satu ‘ruang perlindungan’ tidak kelihatan bermula daripada struktur casis, sehinggalah kepada sistem keselamatan aktif dan pasif yang direka untuk menjangka risiko, menyesuaikan diri dengan keadaan dan membantu mengelakkan kemalangan sebelum ia berlaku.

  • Multi-Adaptive Safety Belt: Evolusi terbaharu dalam keselamatan, yang bakal diperkenalkan oleh Volvo Car Malaysia pada masa hadapan.

Inovasi-inovasi ini membuktikan satu perkara, Volvo tidak menunggu industri menentukan maksud keselamatan. Volvo sendiri menjadi penanda aras.

Mengapa SELAMAT Penting Hari Ini

Legasi perlindungan ini kini lebih relevan berbanding sebelumnya. Keselamatan jalan raya kekal sebagai isu kritikal di Malaysia.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, sebanyak 4,428 kematian berkaitan pengangkutan direkodkan pada tahun 2024¹, dengan golongan berumur 15 hingga 40 tahun mencatatkan 2,547 kematian, menjadikannya antara punca utama kematian bagi kumpulan usia ini.

Angka ini mengingatkan kita bahawa keselamatan bukan konsep abstrak. Ia bersifat peribadi yang memberi kesan kepada keluarga, komuniti dan kehidupan seharian. 

Dalam konteks ini, SELAMAT membawa makna yang lebih mendalam. Ia bukan sekadar ucapan harian, tetapi harapan untuk perlindungan dan kesejahteraan untuk orang tersayang setiap kali mereka melangkah keluar rumah, dan keyakinan apabila mereka kembali dengan selamat.

SELAMAT: Satu Janji, Satu Penanda Aras, Satu Gerakan

Kempen SELAMAT berteraskan tiga tonggak utama:

Sebuah Janji: SELAMAT ialah ikrar berterusan Volvo Car Malaysia, janji yang membentuk setiap inovasi dan setiap generasi kenderaan selama hampir satu abad.

Ia mencerminkan visi Volvo untuk menyediakan kebebasan bergerak secara peribadi, lestari dan selamat, serta masa depan di mana tiada sesiapa cedera parah atau terkorban dalam kenderaan Volvo.

Satu Penanda Aras: Volvo sentiasa memilih untuk menetapkan standard sendiri. Daripada ciptaan tali pinggang keselamatan tiga titik oleh Nils Bohlin, hinggalah kepada ujian keselamatan melebihi keperluan industri, Volvo terus meninggikan aras.

Hari ini, setiap Volvo baharu dilengkapi Safe Space Technology, memanfaatkan data dunia sebenar, kecerdasan buatan dan kemas kini perisian berterusan untuk menjangka dan mencegah risiko sebelum ia berlaku. Pada masa hadapan, Multi-Adaptive Safety Belt akan diperkenalkan bersama EX60.

Satu Gerakan: Akhirnya, SELAMAT ialah satu gerakan yang melangkaui kenderaan dan meresap ke dalam kehidupan seharian. Ia hadir dalam setiap ketibaan yang selamat, setiap nyawa yang dilindungi dan setiap bahaya yang berjaya dielakkan.

Setiap inovasi dan setiap Volvo menyumbang kepada misi yang lebih besar: menjadikan keselamatan sebagai kemewahan tertinggi, dan memupuk budaya di mana keprihatinan dan perlindungan menjadi sebahagian daripada setiap perjalanan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Volvo, sila layari www.volvocars.com/my atau ikuti kami di Facebook di bit.ly/VolvoMY-FB dan Instagram di bit.ly/VolvoMY-IG.