Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Tiada Kategori

Volvo Umum Kemas Kini Untuk Barisan Model Tahun 2026

Fazidi

Volvo Umum Kemas Kini Untuk Barisan Model Tahun 2026

Selepas pelancaran rasmi refreshed XC60 dan EC40 variant single motor baru-baru ini, Volvo Car Malaysia kini mengumumkan kemas kini penuh untuk semua model tahun 2026.

Chris Wailes, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia berkongsi: “Dengan pengenalan refreshed XC60 dan tambahan varian single motor untuk EC40, kami memperkukuh barisan produk kami bagi memberi lebih banyak pilihan sesuai dengan gaya hidup pelanggan di Malaysia.

“Menjelang tahun 2026, fokus kami kekal pada penyampaian terbaik daripada Volvo – kereta yang menggabungkan keselamatan, prestasi, dan kelestarian.

“Lebih menarik, kami juga sedang bersedia untuk satu pencapaian besar dengan ketibaan sedan elektrik penuh pertama kami di Malaysia.”

XC60 Refreshed

XC60 refreshed yang diperkenalkan bulan lalu kini tampil dengan beberapa pembaharuan – termasuk rekaan gril depan baharu yang lebih sporty dan elegan, sistem suspensi udara serta teknologi terkini yang lebih intuitif.

Harga rasmi XC60 refreshed adalah seperti berikut:

  • XC60 T8 AWD plug-in hybrid – bermula dari RM362,8881

  • XC60 B5 AWD mild hybrid – bermula dari RM328,8881

XC60 T8 AWD PHEV mampu dipandu sehingga 89 km secara elektrik penuh2 (WLTP) – sesuai untuk perjalanan harian tanpa emisi, hantar anak ke sekolah atau urusan dalam bandar.

Dengan lebih 450Nm tork, ia gabungkan prestasi dan kecekapan dalam satu pakej. Sementara itu, XC60 B5 mild hybrid pula menawarkan pemanduan lebih mudah tanpa perlu dicas.

EC40 Single Motor

Untuk model tahun 2026, Volvo EC40 – SUV crossover elektrik penuh pertama Volvo – kini hadir dengan varian single motor pada harga RM248,8881.

Varian baharu ini ditawarkan eksklusif dalam spesifikasi Ultra, dipacu motor elektrik belakang 175 kW (238 hp) hasil pembangunan dalaman Volvo.

Ia memecut 0–100 km/j hanya dalam 7.3 saat. Dengan bateri 70 kWh, ia menawarkan jarak pemanduan sehingga 488 km (WLTP) dan menyokong pengecasan pantas DC dari 10–80% hanya dalam masa 26 minit3.

Warna luaran baharu Sand Dune, diinspirasikan daripada pesisir pantai barat Sweden, turut ditawarkan bersama pilihan warna sedia ada iaitu Aurora Silver, Onyx Black dan Crystal White.

XC90 Serba Baharu

SUV keluarga flagship Volvo, XC90, kini juga hadir dengan warna luaran baharu Aurora Silver, melengkapi pilihan Onyx Black, Denim Blue, dan Crystal White.

Model ini ditawarkan dalam dua pilihan rangkaian kuasa – T8 plug-in hybrid dan B5 mild hybrid – kedua-duanya menggunakan enjin 2.0 liter dipadankan dengan transmisi Geartronic lapan kelajuan dan pacuan semua roda (AWD).

Harga XC90 Ultra T8 ditetapkan pada RM434,8881 dengan gabungan kuasa maksimum 462 hp dan 709 Nm tork, serta penggunaan bahan api serendah 1.8 liter/100 km.

Sementara itu, XC90 Ultra B5 pula berharga RM418,8881 dengan output maksimum 249 hp dan 350 Nm tork.

Kedua-dua varian ditawarkan dengan spesifikasi Ultra yang merangkumi paparan tengah 11.2 inci dengan sistem UX generasi baharu Volvo Cars, paparan pemandu 12.3 inci, head-up display, Pilot Assist generasi baharu dengan cruise control adaptif, kamera 360 darjah, sistem audio premium Bowers & Wilkins, tempat duduk depan berkuasa dengan fungsi ventilasi, memori dan sokongan lumbar empat arah, bumbung suria panorama dengan tirai elektrik serta sistem pendingin hawa empat zon.

Antaramuka Pengguna Generasi Baharu

Melengkapi barisan model tahun 2026 ialah pengenalan Volvo Car UX, antaramuka pengguna generasi baharu jenama ini.

Ditawarkan secara standard untuk semua model global tahun 2026, sistem ini tampil dengan tata atur menegak pada skrin tengah, butang lebih besar serta pintasan dinamik – seperti akses pantas ke mod pemanduan ketika mula menghidupkan enjin atau butang kamera 360 darjah ketika memperlahankan kenderaan untuk parkir.

Uji Pandu Sekarang

Dengan kemas kini 2026, Volvo Car Malaysia memperkenalkan barisan SUV khusus untuk pelanggan Malaysia. Bermula dengan EX30 yang lincah, XC40 B5 yang popular, diikuti EC40 elektrik penuh dalam versi Single dan Twin Motor.

Untuk keluarga, XC60 dan XC90 kekal sebagai pilihan utama dengan plug-in hybrid (T8) dan mild hybrid (B5). Menyempurnakan barisan ialah EX90 – kereta paling selamat pernah dihasilkan oleh Volvo.

Semua model Volvo kini boleh didapati di bilik pameran rasmi Volvo seluruh negara. Pelanggan yang berminat boleh menempah sesi pandu uji melalui laman web Volvo Car Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.volvocars.com/my atau ikuti Volvo Car Malaysia di Facebook http://bit.ly/VolvoMY-FB dan Instagram http://bit.ly/VolvoMY-IG.