Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Penggubal undang-undang Brazil, Senator Chico Rodrigues dipaksa meletak jawatan semalam selepas pihak polis menemui wang tunai tersembunyi di dalam seluar dalam ketika menggeledah rumahnya.
Menurut Bernama, serbuan itu merupakan sebahagian daripada siasatan ke atas tuduhan penyalahgunaan 20 juta reais (sekitar RM 14.8 juta) dana awam bagi tujuan memerangi koronavirus.
Sebanyak 30,000 reais (kira-kira RM22,215) telah ditemui di rumah senator tersebut, di mana sebahagiannya dijumpai di dalam seluar dalam beliau.
Bagaimanapun, Rodrigues dilaporkan berkata, dia akan membuktikan bahawa dia tidak terlibat dengan pecah amanah.
“Saya percaya dengan keadilan dan akan membuktikan bahawa saya tidak terlibat dengan mana-mana perbuatan haram.”
Bekas Senator, Rodrigues merupakan perwakilan negeri Roraima yang telah dipilih sebagai timbalan pemimpin pentadbiran Presiden Jair Bolsonaro.
Bolsonaro berkata, serbuan itu adalah bukti bahawa pemerintahnya memerangi rasuah tanpa mengira siapa pun yang dilakukannya.
Sumber: BERNAMA