Habis basah beg dan buku seorang pelajar didakwa gara-gara tindakan tidak bertanggungjawab ibu bapa.
Seorang pengguna Facebook yang enggan dikenali meluahkan perasaan sakit hatinya apabila beg anaknya didakwa dicampak oleh ibu bapa lain yang tidak bertanggungjawab.
“Lain kali kalau anak dah tersalah ambil beg orang lain, simpan dulu, esoknya hantar kat pondok pengawal atau pejabat guru ke,” katanya.
Wanita itu turut menyertakan gambar beg yang basah terkena hujan bersama buku-buku yang rosak.
Ibu bapa sepatutnya membimbing anak-anak agar tahu di mana untuk meletakkan semula barang yang diambil secara tidak sengaja, tambahnya.





Sumber: Facebook