Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Wanita Bunuh Dua Anak Dipercayai Kerana Tidak Mahu Suami Dapat Hak Jaga Anak

Hannah
wanita bunuh dua anak
Gambar Hiasan

Wanita Bunuh Dua Anak Dipercayai Kerana Tidak Mahu Suami Dapat Hak Jaga Anak

Seorang wanita yang juga seorang ibu mendakwa suaminya mempunyai hubungan sulit bertindak membunuh dua anaknya kerana tidak mahu suaminya mendapat hak penjagaan mereka, menurut keterangan yang diberikan kepada juri.

Kejadian tragis ini dilaporkan berlaku di rumah kediamannya di Stoke-on-Trent, Staffordshire, England pada 11 Jun tahun lepas, dan perbicaraan bagi kes ini masih berlangsung sehingga kini, lapor Metro News.

Suspek, 50, yang juga merupakan pekerja amal didakwa menikam anak lelakinya, 11, lebih daripada 20 kali sehingga menyebabkan anak perempuannya, 7, mengalami kecederaan otak (brain damage) yang membawa maut.

Anak lelakinya disahkan meninggal dunia selepas ditemui di dalam bilik tidur dengan luka sepanjang 17cm di bahagian leher, manakala anak perempuannya ditemui di ruang tamu dengan kecederaan di bahagian kepala dan tiga kesan luka tajam, termasuk di bahagian perut.

Suspek kemudiannya turut menikam suaminya di bahagian perut, dan sempat memberitahu suaminya bahawa dia telah membunuh dua orang anak mereka.

Menurut laporan media tempatan, selepas kejadian tragis tersebut, wanita itu yang secara peribadi menghubungi 999 untuk melaporkan kejadian terbabit.

“Saya menelefon untuk melaporkan bahawa saya baru membunuh dua anak saya,” katanya.

BACA: Abdul Wahhab Al-Shaibi Dilantik Sebagai Pemegang Kunci Kaabah Ke-78

Setibanya polis di tempat kejadian di rumah kediaman mereka, wanita itu dipercayai meminta pihak polis untuk menembaknya.

“Jika anda (polis) mempunyai pistol, tembaklah saya. Saya bukan raksasa, tapi saya tidak mahu dia (suaminya) mengambil mereka (anak-anaknya) daripada saya,” katanya.

Difahamkan, dua hari sebelum kejadian, suspek telah memukul suaminya dengan sebatang kayu semasa anak-anak mereka sedang bersiap untuk tidur, dan dia juga yang secara peribadi membuat aduan kepada polis.

Dia kemudiannya ditahan, tetapi dibebaskan dengan notis resolusi komuniti kepadanya.

Akhirnya, kerana amarah terhadap suaminya, dia bertindak kejam sehingga terpaksa membunuh kedua cahaya matanya.

Semasa sesi temu bual bersama pegawai yang bertugas, suspek didakwa bertegas tidak mahu suaminya mendapatkan anak mereka.

“Ini sesuatu yang saya sudah fikirkan sejak lama. Saya hanya ingin bunuh diri bersama anak-anak.

“Saya lakukan itu kerana saya sayangkan anak-anak saya, dan untuk melindungi mereka.

“Saya tidak mempunyai apa-apa lagi untuk dibicarakan. Berikan sahaja saya hukuman mati,” katanya.

Dalam pada itu, perbicaraan bagi kes ini dipercayai masih berlangsung di Mahkamah Nottingham.

BACA: Sultan Selangor Murka Keputusan MFL, Dianggap Tidak Berperikemanusiaan

Sumber: Metro News