Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Wanita Dakwa Haiwan Misteri Muncul Depan Rumah, Tak Tahu Spesies Apa

Gambar : The Mirror

Seekor haiwan misteri yang tidak dikenal pasti spesisnya diselamatkan oleh seorang wanita berhampiran rumahnya, lapor The Mirror.

Menurut The Mirror, haiwan diduga misteri tersebut dikatakan berada dalam ketakutan semasa ditemui oleh wanita tersebut.

Pada awalnya, dia ketika itu keluar untuk memerhatikan kawasan di sekitar rumahnya selepas menemui kesan tapak kaki asing di luar pintu.

Gambar: The Mirror

Menurut laporan, wanita itu menyangka akan menemui anjing jirannya yang sering berkeliaran, tetapi sebaliknya menjumpai makhluk misteri yang sedang mengintai di sebelah kiri pintu depan.

Wanita itu berkata dia perlahan-lahan membawa masuk haiwan tersebut ke ruang bawah tanah dan menelefon TJ’s Rescue Hideaway untuk mengangkutnya ke Wildlife Works, lapor TV WJAC.

Gambar : The Mirror

Kata pekerja di syarikat pemuliharaan itu, mereka sendiri tidak dapat memberi kepastian tentang spesis haiwan itu walaupun telah menjalani latihan sebelum ini.

Sementara itu, pegawai hidupan liar mengesahkan haiwan misteri itu dirawat kerana mengalami kurap dan telah diasingkan.

Dalam masa sama, keputusan ujian genetik yang dilakukan dijangka akan tiba sekitar dua hingga empat minggu.

Sumber : The Mirror