Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
pengunjung jambatan angkat
Kredit: Bernama

Wanita Dari Sabah Pengunjung Ke Setengah Juta Jambatan Angkat, Menang Jongkong Emas

Azizah Najib

Wanita Dari Sabah Pengunjung Ke Setengah Juta Jambatan Angkat, Menang Jongkong Emas

KUALA NERUS, 25 Okt (BERNAMA) — Seorang wanita dari Tawau, Sabah tidak menyangka kunjungan pertama kalinya ke Terengganu membawa tuah, apabila dia diumumkan sebagai pengunjung ke setengah juta (500,000) Jambatan Angkat, sekali gus memenangi hadiah utama sebuah jongkong emas bernilai RM15,000.

Lebih bermakna, Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah berkenan mengurniakan hadiah jongkong emas itu kepada Suriani Sulleh, 30, pada Majlis Santapan Minum Petang di jambatan ikonik tersebut, di sini hari ini.

Suriani yang bekerja di Seri Kembangan, Selangor itu berkata dia bersama keluarga berkunjung ke Terengganu pada Oktober tahun lepas, kerana ingin membantu mengambil barangan adiknya yang menamatkan pengajian peringkat Diploma di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), di sini.

BACA: Saudara Kembar Menang Anugerah Emas Queen’s Commonwealth Essay Competition 2024

“Ketika itu saya datang ke Terengganu bersama suami (Rusdi Roslan, 30), anak (Syafiq Rauf, 2 tahun), ayah (Sulleh Kuba, 67) dan adik (Nurul Farhana, 25). Pada 12 Okt 2023, kami mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di sekitar Kuala Terengganu dan Jambatan Angkat, kerana alang-alang sudah berada di negeri ini.

“Ketika hendak mengisi borang kehadiran pengunjung di kaunter Jambatan Angkat, saya terlihat poster mengenai peluang memenangi jongkong emas kepada pengunjung ke setengah juta. Tetapi ayah saya memberitahu tidak mungkin antara kami memenanginya, kerana ramai lagi pengunjung di Jambatan Angkat ini,” katanya kepada pemberita.

Namun pekerja swasta itu berkata dua hari lepas (Rabu) dia dikejutkan dengan panggilan daripada pihak TI Properties, yang memberitahu dialah pengunjung Jambatan Angkat yang ke setengah juta.

BACA: Program Sarjana Oxford Untuk Pemenang Pingat Emas Athka Bermula Di Universiti Oxford

Ibu kepada seorang anak itu berkata buat masa ini, dia bercadang untuk menyimpan jongkong emas itu sebagai pelaburan pada masa hadapan.

Dalam pada itu Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) Burhanuddin Hilmi Mohamed @Harun berkata hadiah jongkong emas tersebut ditaja oleh TI Properties, anak syarikat Terengganu Inc yang menguruskan pengoperasian Jambatan Angkat.

Beliau berkata hadiah itu, merupakan satu penghargaan pihaknya buat para pengunjung jambatan tersebut.

BACA: Olimpiad Matematik Antarabangsa: 6 Pelajar Harumkan Nama Negara, Malaysia Catat Kedudukan Kedua Antara ASEAN

“Sejak mula beroperasi pada 2019, jambatan ini telah menjadi antara mercu tanda penting pelancongan di Terengganu dan sehingga kini telah menerima kunjungan lebih setengah juta pelawat,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Selain itu katanya kempen ‘Pelawat Drawbridge ke Setengah Juta’ itu dijalankan pihaknya untuk mempromosi dan menjadikan Jambatan Angkat sebagai antara ikon pelancongan utama Terengganu, yang bukan sahaja terkenal di dalam negara malah di peringkat antarabangsa juga.

Sumber: Bernama