Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Wanita Derita Batuk Sebulan, Rupanya Subang Hidung Sangkut Dalam Paru-paru

Subang Hidung
Kredit: Oddity Central

Wanita Derita Batuk Sebulan, Rupanya Subang Hidung Sangkut Dalam Paru-paru

Seorang wanita warga Mexico berusia 26 tahun berasa amat terkejut selepas mendapati batuk berpanjangan yang dialaminya sebenarnya berpunca daripada sebentuk subang hidung yang tersangkut di dalam paru-paru.

Menurut Oddity Central, wanita bernama Monica Deyanira Cabrera Barajas mengalami batuk berpanjangan selama kira-kira sebulan sebelum akhirnya membuat keputusan untuk mendapatkan rawatan daripada doktor.

Wanita itu menjelaskan pada awalnya dia tidak menyedari subang hidungnya telah hilang.

Ketika dia mula menyedari, dia langsung tidak menyangka kemungkinan subang hidung itu telah tersedut masuk ke dalam badannya.

Menurut Oddity Central, kejadian berkenaan turut dikatakan hampir mengancam nyawanya apabila doktor memaklumkan bahawa bar logam berbentuk cincin itu berada hanya 0.5 milimeter daripada aorta.

Terpaksa menjalani prosedur kedua

Dia kemudian dijadualkan menjalani pembedahan kecemasan, namun prosedur yang sepatutnya hanya mengambil masa 20 minit berlarutan hampir satu jam setengah sebelum gagal mengeluarkan objek berkenaan.

“Prosedur itu mengambil masa satu jam 20 minit, tetapi mereka masih tidak dapat mengeluarkannya kerana ia sudah melekat pada badan saya,” katanya.

Tambah Monica Deyanira Cabrera lagi, dia terpaksa menjalani prosedur kedua yang lebih rumit bagi mengeluarkan subang hidung tersebut.

Bagaimanapun, nasib menyebelahi Monica Deyanira Cabrera apabila prosedur kedua akhirnya berjaya.

Namun, doktor memberitahu bahawa dia amat bertuah kerana masih hidup, memandangkan situasi tersebut boleh membawa maut sekiranya subang hidung itu menembusi paru-paru atau saluran darah utama.

Difahamkan, keadaan tersebut berisiko menyebabkan paru-paru kolaps atau aorta pecah.

“Saya suka tindik dan saya sangat menyukai subang hidung saya, tetapi selepas pengalaman yang sangat menakutkan ini, saya tidak akan melakukannya lagi,” katanya seperti yang dilaporkan dalam Oddity Central.

Menurutnya, punca sebenar bagaimana objekitu terpisah dari septum hidungnya masih menjadi tanda tanya.

Namun, dia percaya salah satu penutup logam di hujungnya telah tercabut, sekali gus menyebabkan cincin tersebut jatuh ke dalam tekaknya ketika dia sedang tidur terlentang sebelum tanpa sedar tersedut masuk ke dalam saluran pernafasan.