Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Wanita Dihempap Kayu Balak Mula Sedarkan Diri

Iqbal Yasir
Wanita Dihempap balak
Gambar: BERNAMA

Wanita Dihempap Kayu Balak Mula Sedarkan Diri

GUA MUSANG, 16 Julai (Bernama) — Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.

Tunang mangsa Nik Amnan Arif Nik Anuwar, 22, berkata Siti Norelyana Kamarulzaman, 21, kini berada dalam keadaan yang lebih baik daripada sebelumnya.

“Alhamdulillah selepas kira-kira lima hari ditidurkan, Siti Norelyana mula sedar semalam. Dia juga boleh bercakap dengan baik tetapi masih memerlukan masa untuk menggerakkan anggota badan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Nik Amnan berkata setakat ini dia tidak dimaklumkan mengenai rawatan selanjutnya yang akan dijalankan ke atas tunangnya itu.

BACA: Wanita Nyaris Maut Dihempap Kayu Balak Ketika Menunggu Lampu Isyarat

Sebelum ini, Siti Norelyana nyaris maut apabila motosikal ditunggangnya dihempap kayu balak yang jatuh dari sebuah lori ketika berhenti di lampu isyarat di persimpangan itu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata kemalangan berpunca daripada ‘turn-table’ lori balak itu patah ketika mengambil selekoh.

Sumber: BERNAMA