Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Wanita ‘Flex’ Skill Pegang Banyak Barang, Kaum Lelaki Pun Tak Nak Kalah

Lelaki Tak Nak Kalah
Kredit: Threads @liiisaeeeeee
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Setiap orang sudah pasti mempunyai kebolehan masing-masing, dan tidak dinafikan ada kebolehan itu yang unik serta tidak semua orang mempunyainya.

Kadangkala, apabila berkongsi kebolehan unik itu di media sosial, sudah pastinya ada yang mahu menunjukkan kehebatan masing-masing dengan berkongsi kebolehan yang mereka miliki.

Perkara ini kemudiannya boleh menjadi satu trend apabila semakin ramai tampil berkongsi kebolehan masing-masing, termasuk kebolehan yang mungkin selama ini tidak pernah diketahui orang lain.

Baru-baru ini, seorang wanita di Threads telah menarik perhatian ramai apabila dia berkongsi gambar memaparkan kebolehannya memegang beberapa barang seperti telefon bimbit, minuman, headfon tanpa wayar menggunakan satu tangan sahaja.

“Skill yang lelaki takkan boleh lawan,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Perkongsian itu telah menarik perhatian orang ramai untuk turut serta membuktikan kebolehan mereka untuk membawa barang yang banyak terutamanya kaum lelaki.

Antara balasan dari di ruangan komen termasuklah menunjukkan mereka juga mampu memegang barang dengan banyak menggunakan satu tangan sahaja.

Lelaki Tak Nak Kalah 'Flex' Skill

Malah, ada juga yang berkongsi mereka mampu mengangkut semua barangan rumah yang baru dibeli sekali gus, tanpa perlu berulang-alik untuk mengambil baki barang.

Tidak kurang juga yang memberi pujian terhadap kebolehan wanita tersebut kerana tidak semua orang mempunyai kebolehan seperti itu.

Perkongsian ringkas seperti ini akhirnya bertukar menjadi pertandingan tidak rasmi di Threads, terutama di antara kaum wanita dan lelaki.

Dari barangan kecil dan ringan hinggalah ke barangan besar dan berat, nampaknya masing-masing tidak mahu kalah untuk membuktikan kebolehan masing-masing.

Intipati
  • Seorang wanita menarik perhatian selepas berkongsi kemahiran memegang beberapa barang menggunakan satu tangan.
  • Pengguna Threads, termasuk lelaki, turut membalas dengan menunjukkan kebolehan membawa banyak barang.
  • Perkongsian itu berkembang menjadi pertandingan tidak rasmi antara pengguna media sosial.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan