Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Wanita Kelahiran Iran Bakar Al-Quran Di Stockholm

Syed Faisal Sayed Muhammad
Wanita kelahiran Iran bakar al quran
Kredit AFP

Wanita Kelahiran Iran Bakar Al-Quran Di Stockholm

MOSCOW, 4 Ogos (Bernama-Sputnik) — Seorang wanita kelahiran Iran membakar senaskah al-Quran di ibu negara Sweden, Stockholm, kini di bawah perlindungan polis, lapor Sputnik memetik Agensi Berita Anadolu pada Khamis.

Bayrami Marjan, 47, membakar al-Quran di dalam periuk di tepi Tasik Malaren, pantai Angbybadet di Bromma, menurut laporan itu.

Beliau mendakwa semua agama perlu dihapuskan selepas membakar kitab suci umat Islam itu, lapor media.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, beberapa demonstrasi membakar al-Quran berlaku di Denmark dan Sweden.

BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

Kebanyakan negara Islam mengutuk demonstrasi itu, serta ada negara yang memanggil duta Sweden dan Denmark untuk menyatakan protes terhadap perbuatan itu.

Bulan lepas, ratusan penunjuk perasaan Iraq menyerbu kedutaan Sweden berikutan pembakaran al-Quran di Stockholm.

Sumber: BERNAMA-SPUTNIK