Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Wanita Maut Dalam Kebakaran Di Taman Overseas Union

Iqbal Yasir
Wanita Maut Kebakaran Taman Overseas
Gambar: JBPM

Wanita Maut Dalam Kebakaran Di Taman Overseas Union

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) — Seorang wanita maut dalam kebakaran di sebuah rumah kedai di Jalan Rahmat, Taman Overseas Union di sini, pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Chong Lai Ping, 46, ditemukan meninggal dunia di dalam bilik rumah itu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur ketika dihubungi berkata bomba menerima panggilan pada 8.43 pagi sebelum sembilan anggota bersama satu jentera dikerah ke lokasi untuk memadam kebakaran.

BACA JUGA: Wanita OKU Dilapor Maut Dalam Kebakaran Rumah

“Setibanya di lokasi kejadian, kebakaran telah dipadamkan orang awam melibatkan ruangan dapur dalam rumah kedai itu,” katanya.

Menurutnya, kebakaran itu melibatkan kemusnahan dianggarkan kira-kira 10 peratus dan punca kematian masih dalam siasatan.

Sumber: BERNAMA