Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Seorang waniata berusia awal 20-an dari UAE meminta cerai daripada suaminya atas alasan tidak dibenarkan bermain permainan PlayerUnknown’s Battle Ground (PUBG), lapor Gulf News.
Kapten Wafa Khalil Al Hosani, Pengarah di Pusat Sosial memberitahu agensi berita berkenaan berkenaan kes penceraian paling pelik pernah dikendalikan oleh mereka.
Katanya, wanita berkenaan hadir ke pusat itu bagi mendapatkan bantuan dan nasihat cerai kerana dihalang bermaian PUBG oleh suaminya.
Malah, dakwa wanita berkenaan, ada kalanya suaminya bertindak ganas ketika memarahinya.
”Wanita itu memberi alasan bahawa haknya untuk berhibur telah dihalang sedangkan dia merasa gembira dan selesa apabila bermain PUBG,” kata Kapten Wafa.
Isteri muda itu juga memberitahu dia masih dalam kawalan ketika bermain PUBG dan tidak pernah membuka ruang chat yang membolehkannya berhubung dengan orang tidak dikenali.
Katanya lagi, dia hanya bermain bersama rakan-rakan ahli keluarga terdekat sahaja.
Wanita itu juga mendakwa suaminya bimbang jika permainan tersebut membuat dirinya ketagih sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri dan menjaga rumah tangga.
Suaminya dalam satu kenyataan menegaskan bahawa dia tidak berniat untuk menyekat kebebasan wanita itu sebaliknya berusaha untuk memastikan keluarganya tidak berpecah.
Dia juga tidak menyangka bahawa tindakan tegasnya membuatkan isterinya hadir ke pusat sosial untuk menuntut cerai.
Sumber: Gulf News