Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Wanita Minta Sunting Gambar Bersama Arwah Anak, Hasilnya Buat Netizen Sebak
Ajal adalah satu rahsia yang hanya diketahui oleh Maha Pencipta, satu ketetapan yang tidak seorang pun mampu meramalkan bila dan bagaimana ia akan tiba.
Kehadirannya datang tanpa amaran, membawa pergi insan-insan yang kita sayangi tanpa memberi ruang untuk kita benar-benar bersedia.
Kita sedar bahawa setiap manusia pasti akan melalui saatnya, tanpa pengecualian.
Namun, hakikatnya, tiada seorang pun yang akan pernah bersedia menghadapi peritnya rasa kehilangan, kerana ia seakan-akan sebuah “mimpi dalam realiti”.
Hati dan fikiran kita masih ingin terperangkap dalam rasa percaya bahawa mereka masih hidup bersama kita, walaupun hakikatnya sudah tiada.
Seorang pengguna Facebook, Suhana telah menarik perhatian ramai apabila memuat naik dua gambar berbeza, iaitu dirinya dan arwah anaknya.
Wanita tersebut meluahkan perasaan rindunya terhadap arwah anak dan memohon bantuan daripada ahli kumpulan Facebook “Edit Apa Hari Ni?” untuk menyunting gambar mereka bersama.
“Assalamualaikum, minta tolong sunting gambar arwah anak bersama saya sebab tiada satu gambar untuk dijadikan kenangan. Terima kasih,” tulisnya.
Menurut Suhana, arwah anaknya memang kurang gemar bergambar ketika masih hidup.
Gambar yang disunting, doa yang mengiringi
Tidak sekadar menyunting gambar, netizen turut menzahirkan doa buat arwah anak.






Hasil suntingan yang diterima pula sangat memukau, di mana gambar yang disunting kelihatan ‘sempurna’ dengan kehadiran anak kepada pengguna Facebook itu.
Menjengah ke ruangan komen, permintaan wanita itu nyata membuatkan ramai sebak dan tersentuh hati.
“Innalillahiwainaillahirojiun Salam takziah semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman Husnul khotimah syurga tempatnya,”
“Sebagai ibu, kita memang terlalu seronok ketika bersama anak sehingga kadang-kadang terlupa untuk merakam momen bersamanya. Lepas ini kita kenalah lebih peka dan rakam apa sahaja momen dengan anak atau keluarga,”
“Innalillahiwainnailaihirojiun. Masyallah nak nangis tengok hasil edit korang…. terbaik sungguh,”
“Cantik semuanya, berbakat. Semoga Allah akan membalas segala kebaikan anda yang telah menggembirakan hari seorang ibu yang sangat merindukan arwah anak tersayang,”
Sumber: Edit Apa Hari Ini via Facebook