Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Warga Asing Dibenarkan Solat Jemaah Di Masjid Dan Surau Mulai 1 September – Ismail Sabri

Gambar: Bernama

Kerajaan telah memutuskan untuk membenarkan warga asing yang bekerja di Malaysia bersolat jemaah di masjid dan surau mulai 1 September 2020.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan bahawa mereka perlu mendaftar terlebih dahulu dan mematuhi setiap SOP yang ditetapkan masjid.

“Kita bersetuju supaya warga asing yang bekerja di negara kita dibenarkan untuk bersolat berjemaah mulai 1 September 2020 ini.

“Walau bagaimanapun mereka juga perlu mendaftar dan pihak masjid boleh menentukan kalau sudah pun mencukupi, tidak ada ruang lagi untuk mereka, jadi itu adalah keputusan jawatankuasa masjid sama ada membenarkan atau tidak.

“Tapi secara umumnya kita benarkan. Tetapi mereka juga mesti mematuhi setiap SOP yang dikenakan oleh masjid-masjid yang berkaitan,”ujarnya.

Sumber: Bernama