Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Warga Emas Maut Lori Tangki Simen Dipandu Masuk Gaung
LAHAD DATU, 23 Sept (Bernama) — Seorang lelaki warga emas maut selepas lori tangki simen yang dipandunya hilang kawalan dan terjatuh ke dalam gaung sedalam 10 meter di Kilometer 18 Jalan Lahad Datu-Sandakan di sini awal pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata Abd Halim Bolong, 72, cedera parah dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.
“Mangsa berada dalam keadaan tersepit di kabin serta tertimbus di dalam tanah dan mangsa berjaya dikeluarkan pada 12 tengah hari tadi,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Sumsoa berkata mayat mangsa dihantar ke hospital dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Sumber: BERNAMA