Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
warga emas kenderaan
Kredit: BERNAMA

Warga Emas Maut, Tujuh Cedera Dalam Kemalangan Enam Kenderaan

Nurhanis

Warga Emas Maut, Tujuh Cedera Dalam Kemalangan Enam Kenderaan

NIBONG TEBAL, 10 Sept (Bernama) — Seorang wanita warga emas maut manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di KM164.8 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran susur keluar Bukit Minyak-Sungai Bakap dekat sini, hari ini.

Kejadian kira-kira 4.20 pagi itu melibatkan keseluruhan 21 mangsa, namun 13 daripadanya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.30 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal digegaskan ke lokasi kemalangan.

“Sebaik pihak bomba tiba, didapati kemalangan itu melibatkan dua treler dengan satu daripadanya membawa muatan kayu terbalik melintangi jalan dan menyebabkan empat kereta turut terlibat dalam nahas.

“Pihak bomba mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan peralatan khas dan beberapa mangsa yang berjaya dikeluarkan, dihantar ke Hospital Sungai Bakap (HSB),” katanya di sini hari ini.

Jurucakap itu berkata wanita warga emas berusia 60-an itu meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederan parah dipercayai dihempap kayu daripada treler tersebut.

Katanya wanita itu merupakan penumpang hadapan kereta jenis Toyota Corolla dan terdapat seorang lagi wanita berusia 50-an tersepit dalam kenderaan tersebut, namun berjaya diselamatkan.

Terdapat tiga lelaki berusia 20-an dalam kereta itu dan kesemuanya yang cedera ringan turut dihantar ke HSB.

“Pemandu treler yang membawa kayu iaitu seorang lelaki berusia 30-an mengalami kecederaan parah manakala dua lagi yang cedera ringan ialah dua wanita berusia 20-an dan 40-an iaitu pemandu dan penumpang kereta Perodua Bezza,” katanya.

Beliau berkata pemandu sebuah lagi treler dan 12 lagi individu masing-masing menaiki kereta Perodua Alza dan Proton Saga tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sumber: BERNAMA

BACA: Lelaki Warga Emas Rentung Dalam Kebakaran Rumah Di Tangkak