Terkini

Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Warga Emas Mengaku Tidak Bersalah
Kredit: Bernama

Warga Emas Mengaku Tidak Bersalah Cederakan Lelaki Bukan Muslim

Athirah

Warga Emas Mengaku Tidak Bersalah Cederakan Lelaki Bukan Muslim

JOHOR BAHRU, 19 Mac (Bernama) — Warga emas yang tular berhubung kes menampar seorang lelaki bukan Muslim di kedai serbaneka sebuah pusat beli-belah dihadapkan semula ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan.

Tertuduh, 65, selaku orang kena saman (OKS) mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret A Shaarmini.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Afiqah Musa berkata pihaknya menerima arahan terbaharu daripada Pengarah Pendakwaan Negeri untuk pertuduhan diteruskan terhadap OKS kerana terdapat isu teknikal pagi tadi.

Mengikut pertuduhan pindaan, OKS didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap mangsa, 22, di sebuah kedai serbaneka di sini pada 6.15 petang, Ahad lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Nor Afiqah menawarkan jaminan RM8,000 terhadap OKS, namun peguam Mohd Salleh Togimin yang mewakili tertuduh merayu jaminan rendah kerana anak guamnya merupakan pesara kerajaan dan menyara seorang isteri serta tiga anak.

Mahkamah membenarkan OKS diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin warga tempatan dan menetapkan 29 April depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Pagi tadi media melaporkan OKS dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) oleh mahkamah sama daripada pertuduhan tersebut dan OKS akan dituduh semula di mahkamah pada tarikh lain.

Shaarmini mengenakan perintah DNAA itu selepas pihak pendakwaan mendapat arahan terbaharu untuk mengklasifikasikan kes tertuduh sebagai DNAA dan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara (AGC), Putrajaya.

AGC kemudian dalam kenyataan memaklumkan perintah DNAA terhadap OKS dipohon susulan terdapat isu teknikal berkaitan pertuduhan yang difailkan terhadapnya semasa prosiding berlangsung pagi tadi.

BACA: Insiden Tampar: Warga Emas Dituduh Semula Petang Ini

Sumber: Bernama