Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Warga Emas Yang Belum Dapat Tarikh Temu Janji Atau Belum Berdaftar Di MySejahtera, Boleh “Walk-in” Ke Mana-mana PPV Di Lembah Klang Untuk Dapatkan Vaksin Bermula Esok- KJ

Gambar: Bernama

Warga emas yang belum menerima temu janji vaksin atau belum mendaftar dalam aplikasi MySejahtera dibenarkan untuk ‘walk-in’ ke mana-mana PPV di Lembah Klang untuk divaksinasi bermula esok (17 Julai 2021).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin memaklumkan berkenaan berita baik itu menerusi Sidang Media Perkembangan Program Imunisasi COVID-19 yang dilakukan sebentar tadi.

Sementara itu, beliau memaklumkan bahawa semua populasi dewasa di Lembah Klang akan menerima dos pertama vaksin menjelang 1 Ogos 2021 ini.

“Untuk makluman jumlah populasi dewasa di Kuala Lumpur dan Selangor adalah 6.1 juta dimana sehingga 15 Julai, seramai 3.5 juta telah selesai dos pertama.

“Kami menjangkakan seramai 1.3 juta orang akan menerima dos pertama daripada sekarang hingga 25 Julai.

Manakala baki populasi dewasa yang akan menerima dos pertama adalah antara 26 Julai sehingga 1 Ogos adalah seramai 1.3 juta.” Ujarnya.

Sumber: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)