Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jerebu: Semua Sekolah Berdaftar Dengan KPM Di Negeri Sembilan Ditutup Esok

Sekolah Di Negeri Sembilan Ditutup
Kredit: Bernama

Semua institusi pendidikan berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan diarahkan tutup pada Rabu, 14 Oktober 2026.

Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) dalam satu kenyataan berkata, sepanjang tempoh penutupan itu, semua murid termasuk yang berada di asrama mengikuti kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Sekolah Berdaftar Dengan KPM Di Negeri Sembilan Ditutup Esok

“Ia bagi memastikan kesinambungan pembelajaran murid selaras dengan kenyataan daripada KPM.

“Ibu bapa dan penjaga diminta memastikan anak-anak mengikuti PdPR sepanjang tempoh penutupan sekolah,” katanya dalam kenyataan itu.

Dalam pada itu, pihak sekolah juga diminta memastikan pelaksanaan PdPR berjalan lancar serta kebajikan dan keselamatan murid, termasuk yang tinggal di asrama, sentiasa terpelihara.

“JPNS akan terus memantau perkembangan semasa, termasuk bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan berkaitan, dan menyalurkan maklumat rasmi sekiranya terdapat sebarang perubahan terhadap pengoperasian institusi pendidikan.

“Ibu bapa, penjaga, calon peperiksaan dan pihak sekolah dinasihatkan supaya sentiasa merujuk saluran rasmi JPNS bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan terkini serta tidak menyebarkan maklumat yang belum disahkan,” ujarnya.

Sumber:Facebook
Intipati
  • Semua institusi pendidikan berdaftar KPM di Negeri Sembilan diarahkan tutup pada Rabu.
  • Murid termasuk penghuni asrama diminta mengikuti PdPR sepanjang tempoh penutupan sekolah.
  • JPNS akan memantau bacaan IPU dan memaklumkan perubahan melalui saluran rasmi.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan