Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sekilas Pandang, Warga Maya Kongsi Rakaman Tahi Bintang Di Selangor

RAKAMAN TAHI BINTANG SELANGOR
Kredit: Rakaman orang awam

Seorang pengguna media sosial berjaya mendapatkan rakaman tahi bintang di Selangor baru-baru ini.

Fenomena tahi bintang merupakan kejadian semula jadi apabila serpihan kecil batuan angkasa, dikenali sebagai meteoroid, memasuki atmosfera bumi lalu terbakar dan menghasilkan cahaya terang.

Menurut NASA, kebanyakan meteoroid bersaiz kecil dan habis terbakar sebelum mencecah permukaan bumi.

Walau bagaimanapun, lipatan sejarah ada merakamkan fenomena hujan meteor seperti hujan meteor Leonid pada tahun 1833.

Kejadian itu menyaksikan ribuan tahi bintang melintasi langit dalam satu malam, menarik perhatian saintis dan masyarakat ketika itu.

Sehingga kini, kehadiran tahi bintang yang sangat jarang dapat dilihat sememangnya membuatkan siapa sahaja teruja.

Itulah yang dirasai oleh seorang pengguna Threads, @kambing_rock ketika berjaya merakam tahi bintang secara tidak sengaja.

“Beberapa malam sebelum raya ni, aku suka betul lepak luar rumah tengok bintang. Minta-minta dapat tengok Bima Sakti dengan tahi bintang lagi,” ujar lelaki tersebut.

Rakaman tahi bintang di Selangor

Tanpa diduga, hajatnya termakbul apabila berjaya merakam kehadiran tahi bintang pada malam semalam.

Ketika ditanya SK, lelaki tersebut memaklumkan bahawa tahi bintang itu dirakam ketika dia berada di Batang Berjuntai, Selangor.

Katanya, salah satu rakaman ini menggunakan teknik fotografi yang dipanggil star trails.

Namun, ada satu perkara yang perlu diambil perhatian.

Menurut lelaki berkenaan, rakaman yang dikongsi tidak hanya mengandungi detik kehadiran tahi bintang.

“Jangan tersalah anggap sebab ada yang bukan tahi bintang tapi kapal terbang,” pesan lelaki tersebut.

Kemunculan kapal terbang. Kredit: Threads @kambing_rock

Jelasnya, video pertama dan ketiga yang dikongsi dirakam menggunakan teknik hyperlapse.

“Jadi senang tersilap anggap yang kapal terbang lalu pun ingat tahi bintang,” tambahnya.

Tahi bintang yang sempat dirakam dalam video ketiga. Kredit: Threads @kambing_rock

Katanya, tahi bintang yang sempat dirakam kelihatan begitu halus dan muncul dalam sekelip mata sahaja.

Reaksi warga maya

Di ruangan komen, terdapat juga warga maya yang berkongsi berpeluang melihat objek didakwa tahi bintang ketika matahari terbit.

“MasyaAllah banyaknya, saya pun ada nampak semalam dan pagi tadi, tapi ada satu je la. Syukur seumur hidup tak pernah nampak depan mata,” kongsi seorang warga maya.