Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Warganegara 18 Tahun Ke Atas Akan Didaftar Mengundi Secara Automatik Bermula 31 Disember

Eyla Azri
Gambar: Bernama

Semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas tidak akan terkecuali daripada didaftarkan sebagai pengundi. Ia susulan perlaksanaan undi automatik dan Undi 18 yang bakal dilaksanakan 31 Disember ini.

Pendaftaran pengundi automatik adalah berdasarkan keputusan Mahkamah Kuching baru-baru ini, menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

“Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) komited untuk laksanakan pendaftaran pengundian secara automatik dan Undi 18.

“Segala maklumat atau warganegara pasti akan turut didaftarkan sebagai pengundi.

“Kalau ikut apa yang termaktub dalam undang-undang, tidak akan ada yang terkecuali,” katanya dalam sidang parlimen hari ini, memetik laporan Astro Awani.

Tambahnya, perlaksanaan ini termasuk pengundi Malaysia yang berada di luar negara (kecuali Brunei, Singapura, Kalimantan dan Selatan Thai). Turut tidak terkecuali adalah Pengundi Tidak Hadir (PTH) luar negara iaitu penjawat awam yang berkhidmat di luar negara dan pasangan serta pelajar universiti atau institusi tinggi sepenuh masa di luar negara dan pasangan.

Sumber: Astro Awani