Wartawan, Deegun Rahman Meninggal Dunia
Wartawan hiburan, Mohd Ifqdar Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Deegun Rahman meninggal dunia pada Rabu dipercayai akibat mengalami serangan jantung.
Menurut adik kepada Allahyarham, Nur Ifqsyafawati di Facebook, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 11.30 malam.
“Mohon sedekahkan Al-Fatihah dan doakan arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” katanya.
Difahamkan, jenazah akan dibawa ke hospital untuk bedah siasat dan akan dikebumikan di kampung halamannya di Kuala Pilah.
Sumber: Nur Ifqsyafawati