Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Waspada, Amaran Angin Kencang, Laut Bergelora Sekitar Perairan Negara Sehingga Rabu

Gambar Hiasan via Google

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang timur laut dan laut bergelora di beberapa kawasan perairan negara, yang dijangka berlaku sehingga Rabu ini.

Menurut kenyataan MetMalaysia, kawasan perairan utara Reef South, Labuan, Sabah Barat dan Sabah Timur akan mengalami angin kencang kategori pertama dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj).

Kawasan perairan Samui, Tioman, Utara Bunguran, Reef North, Layang-Layang, Palawan, Sulu, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur akan mengalami angin kencang kategori kedua, 50 hingga 60 kmsj, manakala angin kencang kategori ketiga (atas 60 kmsj) berlaku di kawasan perairan Condore.

https://www.facebook.com/malaysiamet/photos/a.330711973645439/2631607660222514/?type=3&theater

Sumber: Bernama