Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Waspada, Amaran Ribut Petir Dijangka Melanda 6 Buah Negeri Sehingga Malam Ini

Gambar: Minews ID

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa negeri di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 7 dan 9 malam ini.

Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada jam 4:50 petang itu melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia.

Berikut adalah antara kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga pukul 7 malam ini:

Perak: (Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah dan Hilir Perak)

Selangor: (Gombak dan Hulu Langat)

WP Kuala Lumpur

Negeri Sembilan: (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Rembau)

Berikut adalah antara kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga pukul 9 malam ini:

Sarawak: Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga), Bintulu, Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang

Sabah: Pedalaman (Nabawan), Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai urusan luar pada petang ini dinasihatkan supaya berwaspada terutamanya bagi kawasan-kawasan yang dijangka dibadai ribut petir petang ini.

Sumber: MetMalaysia