Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Waspada, Amaran Ribut Petir Dikeluarkan Di Beberapa Negeri Sehingga 9 Malam Ini

Gambar Hiasan via Google

Putrajaya, 14 Feb – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di lima negeri di Malaysia sehingga 9 malam ini.

Negeri-negeri terlibat adalah Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.

Berikut adalah daerah yang diramalkan bakal menerima hujan sehingga malam ini;

Pahang: Bentong

Selangor: Hulu Langat

Negeri Sembilan: Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Rembau

Sarawak: Sri Aman, Sarikei, Sibu, Mukah dan Limbang

Sabah: Pedalaman, Pantai Barat, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan.

Sumber: MetMalaysia